Search This Blog

Monday, July 30, 2012

Adobe Photoshop CS6 13.0 Final












Mobile Suit Gundam SEED

Review:
Pada Era kosmik ke-71 (C.E 71), sewaktu perang antara Natural dan Coordinator (ZAFT), beberapa unit dari ZAFT telah merampas mobile suit baru yang dicipta oleh Earth Alliance di sebuah koloni berkecuali di Heliopolis. Selepas ZAFT merampas 4 daripada 5 mobile suits, Kira sempat menyelamatkan mobile suit yang terakhir iaitu Strike, dan terpaksa memandu Strike dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya dan juga kawan-kawannya yang berada di situ. Dalam keadaan kelam kabut itu, pertemuan yang tidak disangka telah terjadi, iaitu Kira bertemu semula dengan sahabatnya ketika masih kecil iaitu Athrun Zala. Tetapi yang ironiknya, pertemuan mereka di medan perang bukan lagi sebagai skawan rapat kerana masing-masing di pihak yang bertentangan, Kira bersama Natural dan Athrun bersama ZAFT.

Ai Monogatari:9 Love Stories

Review:
Sebuah OVA yang mengandungi sembilan kisah cinta yang berbeza.

  1. I Want to Hold Your Hand
  2. HERO
  3. Let's Spend the Night Together
  4. Stop the Time
  5. Betrayal in the City
  6. I Can't Stop Loving You
  7. Those ere the Days
  8. Lion and Pelican
  9. White Christmas

Saturday, July 28, 2012

Yu-Gi-Oh! The Movie: Ultra Fusion! Bond Over Time and Space





Review:
Ketika bersiar-siar dengan Jack Atlas dan Crow Hogan, Stardust Dragon milik Yusei Fudos dirampas oleh Paradox, Turbo Duelist yang penuh misteri yang datang dari masa depan, ini berlaku dalam satu perlawanan Turbo Duel. Dengan bantuan Crimson Dragon, Yusei mengejar Paradox dan memasuki ruang masa, dan berakhir di zaman silam. Pada waktu itu, kelihatan Paradox bertarung (duel) dengan Jaden Yuki, yang mana masih mampu menggunakan kuasa Yubel dan The Supreme King. Walaubagaimanapun, ketika ini, Paradox juga telah menangkap Cyber End Dragon dan Rainbow Dragon. Namun, Jaden diselamatkan oleh Yusei dan Crimson Dragon. Jaden memberitahu Yusei mengenai tujuan sebenar Paradox. Dengan merampas pelbagai monster daripada pelbagai era, Paradox menukarkannya menjadi Dark Monster, dan merancang untuk membunuh Maximillion Pegasus, pencipta Duel Monsters, dan sekaligus menghalang penciptaan game Duel Monsters. Yusei dan Jaden bersetuju untuk mengejar Paradox, yang mana pencarian mereka berakhir di masa silam dan menyebabkan mereka bertemu Yugi Mutou. walaubagaimanapun, ketika Yusei dan Jaden tiba, Paradox telah selesai menyerang era ini, di mana membunuh Pegasus dan Datuk Yugi, dan berazam untuk meraampas Blue-Eyes White Dragon dan Red-Eyes Black Dragon. Selepas menerangkan segalanya pada Yugi, dia bersetuju untuk  berjuang bersama Yusei dan Jaden menentang Paradox dalam pertarungan sengit 3 lawan 1 untuk membebaskan kesemua monster dan menyelamatkan ketiga-tiga era sebelum terlambat.

Monday, July 23, 2012

DRAGON BALL


Review:

Bulma adalah seorang gadis dalam usaha mencari bebola ajaib iaitu Dragon Ball yang mampu menunaikan hajat apabila ketujuh-tujuhnya dikumpulkan. Dalam pencariannya, dia telah bertemu dengan salah seorang pemilik Dragon Ball, seorang budak lelaki aneh bernama Goku. Kemudian, mereka mengembara bersama-sama, Bulma meneruskan pencarian Dragon Ball dan Goku pula mengembara atas tujuan untuk menjadi lebih kuat.